Drama bersiri

May 29, 2008

sejak dua menjak ni aku rasa agak obses dengan menonton drama bersiri…bukan ceta melayu..ceta mat salleh la… bukan x suka tgk ceta melayu..masalahnya.. tempat yg aku duduk skrg bukan ada siar ceta2 melayu..

Obses..x semua drama bersiri aku obses… kena paham suka ngan obses ni… suka…kalau ada tengok..kalau x de x pe.. obses ni ala2 pra ketagih(agaknyer la)… aku obses pun bukan pada semua drama ni.. ada 2-3 drama jer aku obses sangat… plak tu..obses menonton DVD..bukan di channel tv.. kalau nonton kat tv..mampus la nak tunggu..dah la seminggu sekali..iklan berselang seli…itu tara2 pakai kabel tv (tv berbayor)… so aku obses nonton DVD drama bersiri…

kebanyakan drama yg aku obses..bukan sebab jalan ceta dia best..bukan sebab pelakon2 dia…tapi aku suka character2 yg ada dalam ceta tu… itu ajer… antara dramayg aku obses seperti Las Vegas, Boston Legal, My Name is Erl, Sopranos dan terbaru Life… mungkin aku x banyak nonton drama2 yang lain… mungkin ada lagi 2-3 puluh drama lain kot yg bakal aku obses..tapi cukup la setakat ni… x larat..

X larat…sebabkan obses aku sanggup tak tidor semalaman nonton drama2 ni.. mengadap je depan screen tv sampai ke subuh… sebab apa aku kata aku obses…aku sanggup ulangbalik ceta ni 3-4 kali…entah apa yg best pun aku x paham… sampai sekarang aku x pasti betul ke aku suka tgk drama ni pasal watak2 dlm ceta tersebut….mungkin la kot…hehheeheheheh…

cuba la nonton drama-drama dia atas..

nota kecil: definasi suka dan obses adalah ikut pemahaman aku…x pasti betul ke tak..sila rujuk pada kamus atau pakar bahasa.


Cuba lagi

May 28, 2008

Masuk yang ni aku rasa kali ketiga aku cuba menulis blog. sebenarnya blog lama aku dah lupa password dia dan aku malas nak carik balik…dan aku pun bukan konsisten sgt pun nak menulis blog ni. aku pun kalau x iya2…malas jugak dah mem’blog’ ni…mungkin aku dilahirkan untuk membaca tulisan orang dan mengkritik atau komen dalam hati. Nak komen dlm blog diorg…ada jugak terpikir jugak nak buat..tapi..payah la..kang salah komen…aku yg ter’tebon’..lagi pun aku bukan pandai sgt nak buat ayat bagi sedap membaca… manusia ni membaca mende sama..tapi paham ikut masing2…yang mana ada ilmu..dan mana pakai ilmu..yg mana pakai otak..pakai nafsu..pakai kepala lutut… semua ikut paham masing2…

senior opis aku, ada pesan..hang kalau dok luar..kalau rajin..buat lah catatan tntg hidup hang kat situ… so nanti dah tua2 buleh recall balik… aku x amik pot je… aku bkn suka sgt nak tulis2 diari kehidupan sendiri..kadang2 mende yg aku buat pagi..ptg nanti dah lupa… tapi bila aku pikir balik…aku le sangap.. kalau aku catatkan apa2 yg aku rasa boleh catat kat satu tempat…kalau aku lupa..buleh rujuk balik…Apa la aku ni… dah betul senior aku pesan….

So aku harap..kali ni..aku buleh ‘maintain’ menulis… kalau x update hari2..dua hari sekali..x pun seminggu sekali.. harapnya macam tu ler…

idea banyak…cuma x pandai nak terjemahkan idea ni pada tulisan..aku cuba je la..bukan semua boleh baca pun…org2 tertentu je…bukan apa… x de apa2 spesel pun korang nak baca aku nyer tulisan…sekadar apa yg terlintas kat otak aku je yg akan ada dlm blog ni…pas2 free plak tu…

 


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.